Gempa bumi 5.7 magnitud landa PNG

Gempa bumi 5.7 magnitud landa PNG

SYDNEY, 24 Mei (AFP) – Gempa bumi bermagnitud 5.7 melanda Papua New Guinea (PNG) pada awal pagi ini, menurut ahli geologi Amerika Syarikat, tetapi tiada amaran tsunami yang dikeluarkan.

Gempa bumi melanda kira-kira 58 kilometer di barat daya Taron, Papua New Guinea pada kedalaman 50 kilometer pada pukul 1930 GMT (Sabtu), menurut Agensi Geologi AS di laman sesawangnya.

Setakat ini tiada laporan awal mengenai sebarang kerosakan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami di laman sesawangnya.

ARTIKEL YANG SAMA