Gempa bumi 5.9 magnitud landa Colombia

Gempa bumi 5.9 magnitud landa Colombia

BOGOTA, 14 Sept – Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud mengejutkan penduduk di bandar raya kedua terbesar Colombia, Medellin.

Pejabat bencana semula jadi Colombia berkata, tiada laporan kerosakan atau kematian. Tinjauan Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berlaku sebelum jam 9 malam waktu tempatan berhampiran bandar Mutata.

Ia sedalam empat kilometer dan dapat dirasakan sejauh ibu kota negara itu, Bogota.

Ketika gempa bumi berlaku, penduduk berehat di rumah masing-masing, malah hampir tidak disedari peminat bola sepak yang hadir menyaksikan pertandingan antara Atletico Nacional dan Bolivar dari Bolivia di Medellin.

Colombia merupakan negara aktif dengan gegaran dan gunung berapi serta berpotensi besar bagi kerosakan disebabkan ia berada di kawasan pergunungan dan lokasi di sepanjang kawasan api Lautan Pasifik. – AP