Gempa bumi 5 magnitud landa Jepun

Gempa bumi 5 magnitud landa Jepun

TOKYO, 17 Julai – Satu gempa bumi dengan magnitud 5.0 melanda Tokyo dan sebahagian besar kawasan timur Jepun hari ini, kata Balai Cerap AS, namun tidak adanya laporan kerosakan atau kemalangan jiwa yang diterima.

Gempa bumi melanda pada pukul 1:24 petang dengan pusatnya pada kedalaman 40 kilometer di Ibaraki, timur laut ibu negara, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Tidak ada kerosakan atau kecederaan yang dilaporkan tatkala bangunan di Tokyo digegarkan oleh gempa bumi tersebut.

Perkhidmatan kereta api laju “Shinkansen” digantung buat sementara waktu di rantau itu, sementara tidak adan kejanggalan yang diawasi di kilang tenaga nuklear di Tokai, wilayah Ibaraki, kata pegawai dan media tempatan.

Jepun terletak di persimpangan empat plet tektonik dan mengalami beberapa gempa bumi kuat setiap tahun, namun kod pembinaan dan penguatkuasaan yang ketat bermakna gegaran yang lebih kuat tidak menimbulkan kerosakan besar.

Satu gempa bumi di bawah laut yang besar yang melanda pada Mac 2011 menyebabkan tsunami merempuh pantai timur laut Jepun, membunuh lebih daripada 15,000 orang dan menyebabkan tiga reaktor melebur di kilang nuklear Fukushima. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA