Gempa bumi 6.0 landa luar Indonesia

Gempa bumi 6.0 landa luar Indonesia

JAKARTA, 26 Julai (AFP) – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda luar pulau Jawa Indonesia hari ini, menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun pegawai mengatakan tidak ada risiko ancaman tsunami.

Gempa bumi itu berlaku sekitar 2:05 petang waktu tempatan (0705 GMT), 93km selatan kampung Krajan Tambakrejo di timur wilayah Jawa pada kedalaman 59km, menurut USGS.

Mochammad Riyadi, dari agensi geofizik, klimatologi dan meteorologi Indonesia mengatakan tidak ada laporan kemusnahan mahupun korban jiwa.

“Pusat gempa bumi berlaku di laut, namun tidak ada risiko ancaman tsunami. Jaraknya agak jauh daripada bandar-bandar berhampiran,” ujarnya kepada AFP.

Seorang koresponden AFP di bandar Banyuwangi, timur Jawa mengatakan gegaran sederhana dapat dirasai selama kira-kira lima saat.

Indonesia terletak di “Lingkaran Api” Pasifik tempat plat tektonik bertembung, mengakibatkan aktiviti seismik dan gunung berapi.