Gempa bumi 6.5 landa luar Solomon

Gempa bumi 6.5 landa luar Solomon

SYDNEY, 10 Julai (AFP) – Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda di luar Pulau Solomon, Pasifik hari ini, namun tidak ada ancaman tsunami dikeluarkan mahupun kemusnahan dilaporkan, menurut ahli seismologi.

Gempa bumi itu melanda sekitar 154km barat daya Dadali dan 170km barat bandar Honiara, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS).

USGS pada awalnya mengukur gempa bumi itu pada 7.0 magnitud namun menukarnya menjadi lebih rendah.

Ia juga diikuti dengan gegaran bumi 5.3.

“Berdasarkan kepada semua data yang diperolehi, tsunami memusnahkan tidak akan dijangkakan,” menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Solomon adalah sebahagian daripada ‘Lingkaran Api’ Pasifik, sebuah zon aktiviti tektonik yang terkenal dengan sering berlakunya gempa bumi dan ledakan gunung berapi.

ARTIKEL YANG SAMA