Gempa bumi 6.6 gegar 3 negara

Gempa bumi 6.6 gegar 3 negara

KABUL, 10 April (AFP/Xinhua) – Satu gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda timur laut Afghanistan, menurut Tinjauan Geologi AS, gegaran juga dirasakan di India dan di Pakistan yang telah mengorbankan dua orang dan mencederakan 10 hari ini.

Gempa bumi berkenaan berlaku pada jam 2:58 petang (1028 GMT) pada kedalaman 210 km, 282km timur laut bandar Kabul.

Ia juga dapat dirasakan beberapa saat di Kabul dan bandar Islamabad, Pakistan, di mana beberapa penduduknya telah mengosongkan blok-blok apartmen selepas gegaran menggoncangkan kipas siling dan perabot-perabot.

Gegaran serupa juga dapat berlaku di bandar New Delhi, India, di mana bangunan-bangunan di pusat seperti berayun dan sistem landasan kereta api metro telah ditangguhkan sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

Orang ramai berlari keluar dari rumah mereka di utara rantau Kashmir yang ditadbir India.

“Ramai yang berada di jalan-jalan sekarang dan kami tidak pasti sama ada untuk masuk semula ke dalam atau tidak,” kata wartawan AFP di bandar utama Srinagar, Kashmir.

Manakala itu, sumber dari kedutaan China di Afghanistan memberitahu Xinhua, tidak ada laporan ke atas korban jiwa warga China sejauh ini.

Pengarah Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara, Sayed Abdullah Hamayon Dehqan, di wilayah Badakhshan, memberitahu Xinhua, pusat gegaran gempa berada di daerah pergunungan Ashkashim.

ARTIKEL YANG SAMA