Gempa bumi 6.6 magnitud gegar Mexico

Gempa bumi 6.6 magnitud gegar Mexico

BANDAR MEXICO, 13 Sept (AFP) – Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda luar pesisir barat laut Mexico awal hari ini antara rantau peranginan pelancongan Baja California dan kerajaan Sinaloa, namun tidak ada laporan segera mengenai kemusnahan.

Gempa bumi dengan kedalaman 10 km itu melanda sekitar jam 3:14 pagi (0814 GMT) dan terletak kira-kira 59 km barat daya bandar Topolobampo, Sinaloa, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS melaporkan kejutan lanjuran berukuran 5.2 magnitud. Manakala gegaran berukuran 4.9 dan 5.3 magnitud telah menggegarkan kawasan yang sama kurang daripada 35 minit sebelum gegaran besar melanda.

“Buat masa ini, tidak ada laporan mengenai kerosakan selepas gempa bumi berlaku beberapa minit yang lalu di Baja California dan Sinaloa,” menurut penyelaras perlindungan awam negara, Luis Felipe Puente dalam Twitter kira-kira satu jam selepas laporan USGS.

Menurutnya lagi gegaran hanya dapat dirasakan ‘sederhana’ di rantau itu.

Baja California terkenal dengan pusat peranginannya di Los Cabos, yang menarik pelancong dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

ARTIKEL YANG SAMA