Gempa bumi 6.7 magnitud landa PNG

Gempa bumi 6.7 magnitud landa PNG

SYDNEY, 31 Ogos – Gempa bumi 6.7 magnitud melanda luar Papua New Guinea (PNG) hari ini, menurut para pegawai, namun tiada amaran tsunami di Pasifik telah dikeluarkan.

Gegaran itu dianggarkan pada kedalaman kira-kira 500 kilometer (sekitar 300 batu), dan 900km dari timur laut bandar Port Moresby, menurut Balai Cerap Amerika Syarikat (USGS).

“Berdasarkan semua data yang diperolehi, tsunami Pasifik yang memusnahkan tidak dijangkakan berlaku,” menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpangkalan di Hawaii.

Ahli seismologi Australia menganggarkan gempa bumi itu, yang melanda kawasan New Britain timur Papua New Guinea, berukuran 6.5 magnitud.

“Ia hanya 10 ke 20 km luar pantai namun masih lagi di tahap sangat dalam, oleh itu ia tidaklah begitu ekstrem sama sekali.

Tidak ada tsunami,” kata ahli seismologi, Jonathan Bathgate kepada AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA