Gempa bumi 6.9 landa luar Vanuatu

Gempa bumi 6.9 landa luar Vanuatu

SYDNEY, 6 April – Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda luar pantai Vanuatu hari ini, gegaran kuat kedua di rantau itu minggu ini, namun tidak ada amaran tsunami Pasifik telah dikeluarkan.

Gempa bumi berlaku pada 6:58 GMT, 109km dari Sola di pulau Vanua Lava dan 422km dari bandar Port Vila, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS).

“Berdasarkan pada semua data yang diperolehi, tsunami memusnahkan seluas Pasifik tidak akan dijangkakan,” menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Gegaran berukuran 6.9 magnitud luar Vanuatu pada Ahad tidak mengakibatkan kemusnahan di sepanjang pantai kepulauan itu.

“Saya tidak melihat gempa bumi ini sebarang kelainan,” Jonathan Bathgate, ahli seismologi kanan di agensi kerajaan Geoscience Australia, memberitahu AFP.

Bathgate mengatakan dua gempa bumi itu berada pada lokasi yang serupa dan magnitud yang sama, walaupun Geoscience Australia meletakkan gempa bumi terkini pada 7.0 magnitud. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA