Gempa bumi, 60 cedera

Gempa bumi, 60 cedera

SORONG, Indonesia, 25 Sept (AFP) – Lebih 60 orang cedera dan 200 rumah rosak, hari ini apabila gempa bumi yang kuat menggegarkan jauh timur Indonesia, seorang pegawai agensi bencana berkata, dan memberi amaran jumlah mangsa mungkin meningkat.

Orang ramai bangun dan berlari sambil menjerit keluar dari rumah mereka apabila gempa dasar laut berukuran 6.6 magnitud itu melanda di rantau Papua pada kira-kira 1:00 (1600 GMT), tidak jauh dari bandar pantai AOR.

Tujuh belas orang setakat ini diketahui cedera parah dan 45 lagi mengalami kecederaan ringan, manakala 200 rumah rosak, kata jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho.

Tiada kematian setakat ini dilaporkan. Gempa bumi juga menyebabkan bekalan elektrik terputus di AOR dan pesakit telah dipindahkan dari sebuah hospital di bandar.

“Kami masih mengumpul data dan menjangkakan jumlah mangsa dan kerosakan akan meningkat,” kata Nugroho dalam satu kenyataan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat meletakkan magnitud gempa pada ukuran 6.6 dan berkata pusat gempa itu berada di kedalaman 24 kilometer (14 batu).

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik di mana plat tektonik berlanggar, menyebabkan aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap.

Pada bulan Julai, seorang remaja jatuh ke dalam sungai dan meninggal dunia, dan beberapa bangunan rosak apabila gempa bumi 7.0 pada skala Richter menggegarkan Papua.

Gempa dasar laut yang besar pada tahun 2004 mencetuskan tsunami yang melanda wilayah Aceh di pulau Sumatera barat dan pantai di lautan Hindi membunuh lebih daripada 170,000 orang di Indonesia dan puluhan ribu lagi di negara-negara lain.