Gempa bumi 7.0 gegar perairan Alaska

Gempa bumi 7.0 gegar perairan Alaska

LONDON, 29 Mei (Reuters) – Gempa bumi kuat dengan 7.0 magnitud melanda barat daya perairan Alaska lewat semalam, lapor agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

USGS melaporkan gempa berpusat sekitar 104km di barat Ugashik di kedalaman 61.7km. Agensi itu meningkatkan gegaran itu kepada 7.0 selepas pada awalnya ia bermula dengan agak lemah.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengatakan berdasarkan data yang diperolehi, tiada tsunami dijangkakan.

USGS mengatakan gempa bumi itu tidak sepertinya mengakibatkan kecederaan atau kerosakan serta tidak ada laporan segera tentangnya.

Kawasan berhampiran gempa bumi itu, yang berpusat kira-kira 400 batu barat daya Anchorage, tidak memiliki penduduk yang ramai, menurut USGS.