Gempa bumi 7.2 magnitud gegar luar pantai New Caledonia

Gempa bumi 7.2 magnitud gegar luar pantai New Caledonia

SYDNEY, 12 Ogos – Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda luar pantai New Caledonia hari ini di rantau Pasifik yang aktif tektoniknya, namun tidak ada ancaman tsunami, menurut ahli seismologi.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman kira-kira sembilan kilometer (5.5 batu) kira-kira 109 kilometer timur Ile Hunter di New Caledonia pada jam 0126 GMT, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata pada masa ini belum ada amaran atau makluman di rantau tersebut.

“Gempa bumi bukan perkara luar biasa di rantau tertentu dan sejauh yang saya ketahui, aktiviti baru-baru ini di sana juga bukan perkara luar biasa,” kata ahli seismologi kanan Geosains Australia, Phil Cummins memberitahu AFP.

“Kemungkinan ia berpotensi turut dirasai di beberapa pulau-pulau di Vanuatu atau New Caledonia, namun saya ragu ia boleh menyebabkan sebarang kemusnahan di sana akibat gegaran itu.” – AFP