Gempa bumi 7.3 melanda luar Vanuatu

Gempa bumi 7.3 melanda luar Vanuatu

SYDNEY, 21 Okt – Gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud melanda luar Vanuatu di Lautan Pasifik hari ini, namun tidak ada ancaman tsunami dan tidak ada kerosakan dilaporkan, menurut ahli seismologi.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 131 km kira-kira 335 km jauhnya dari bandar Port Vila, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

“Berdasarkan pada data yang diperolehi tsunami seluas Pasifik itu tidak dijangkakan berlaku,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Agensi Geoscience Australia milik kerajaan mengatakan nilai ambang umum bagi gempa bumi dasar laut yang boleh berpotensi menghasilkan tsunami adalah magnitud di atas 6.5 dan pada kedalaman di bawah 100km.

“Ia kemungkinan dapat dirasakan namun tidak sepertinya menyebabkan sebarang kemusnahan,” kata ahli seismologi Dan Jackson memberitahu AFP, menambah bahawa terdapat 27 gegaran di atas magnitud 7.0 di sekitar Vanuatu kira-kira 20 tahun lalu.

“Gempa bumi seperti ini adalah biasa terjadi di sana. Rantau di sekeliling Vanuatu dan pulau Solomon adalah paling seismik di dunia.”

Vanuatu terletak dalam ‘Lingkaran Api’, satu zon aktiviti tektonik sekitar Pasifik yang tertakluk pada kejadian gempa bumi dan ledakan gunung berapi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA