Gempa bumi bawah laut landa Indonesia

Gempa bumi bawah laut landa Indonesia

JAKARTA, 9 Jun – Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud melanda luar pantai tengah Indonesia hari ini, menurut seismologi Amerika Syarikat (AS), namun tidak ada amaran tsunami dikeluarkan dan tidak ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan.

Gempa bumi bawa laut itu melanda kira-kira 300km selatan pulau percutian popular, Lombok pada 12:13 tengah hari (0413 GMT), pada kedalaman 29 km, menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Agensi bencana Indonesia mengatakan para pegawai sedang memeriksa untuk melihat jika gempa bumi itu telah mendatangkan sebarang impak.

Indonesia sering mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi disebabkan kedudukannya pada ‘Lingkaran Api’ Pasifik tempat pelanggaran plat tektonik. – AFP