Gempa bumi cetus panik di PNG

Gempa bumi cetus panik di PNG

SYDNEY, 5 Mei (AFP) – Gempa bumi 7.4 magnitud yang melanda Papua New Guinea (PNG) hari ini, telah mengakibatkan para penduduk yang ketakutan lari meninggalkan rumah mereka, tetapi ancaman tsunami berlalu tanpa sebarang kejadian, menurut ahli-ahli seismologi.

Gempa bumi berlaku 133 kilometer barat laut bandar Kokopo di rantau New Britain pada kedalaman 63 kilometer, menurut kaji selidik AS, dan diikuti dengan kejutan lanjur 5.9 magnitud.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pada awalnya memberi amaran bahawa ‘gelombang tsunami berbahaya’ mungkin berlaku tetapi dalam kemas kini kemudian berkata ‘ancaman tsunami kini kebanyakannya berlalu.”

Mathew Moihoi, seorang ahli seismologi di balai cerap Geofizikal PNG berkata gempa bumi terkini menyusuli siri-siri kegiatan seismos di rantau itu beberapa minggu kebelakangan tetapi tidak ada laporan tentang kerosakan besar kepada bangunan atau infrastruktur.

“Sesuatu telah terjatuh dari rak,” dia memberitahu AFP.

Annette Sete, yang tinggal di Kokopo, berkata telah berlaku gegaran kuat baru-baru ini ‘tetapi yang terbaru ini sangat besar.’

“Sekolah-sekolah ditutup dan kanak-kanak dihantar pulang, bahagian dalam di kebanyakan rumah tunggang terbalik. Sebilangan talian tenaga tumbang dan pokok tumbang tetapi tidak ada lagi laporan tentang kematian atau kecederaan,” katanya.

Zenia Lopez, seorang pekerja di Peranginan Kampung Kokopo, berkata dia dan rakan sekerjanya berlari keluar apabila gempa bumi berlaku, tetapi tidak ada kerosakan kepada peranginan mereka.

“Ia menakutkan, kami semua lari ke luar, tetapi tempat itu tidak apa-apa, tidak ada kerosakan berlaku,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA