Gempa bumi: China tingkat pemantauan

JIUZHAIGOU, China, 10 Ogos – China hari ini mempertingkat responnya terhadap gempa bumi yang membunuh 20 orang dan mencedera beratus yang lain, menghantar bekalan dan kakitangan ke zon pergunungan tatkala anggota menyelamat mencari lebih ramai mangsa.

Wartawan AFP di Jiuzhaigou, destinasi pelancong popular berhampiran pusat gempa bumi dengan magnitud 6.5 pada malam Selasa, melihat berpuluh trak bantuan dan tentera memasuki kawasan terpencil wilayah Sichuan.

Penduduk tempatan mendapatkan perlindungan di khemah bantuan biru di beberapa kem sementara atau di luar di jalan raya di bandar tatkala gegaran lanjutan dan runtuhan tanah membimbangkan penduduk.

Jiuzhaigou adalah satu kawasan yang dihuni oleh penduduk etnik Tibet dan Qiang. Pemandangannya yang indah adalah popular dengan pelancong China yang mengunjungi taman negaranya, yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO, dan berpuluh ribu pe-lawat dipindahkan semalam.

Mangsa yang terselamat tidur di sebuah hospital di Jiuzhaigou di wilayah barat daya Sichuan, China. China kelmarin mempertingkat responnya terhadap gempa bumi yang membunuh 20 orang dan mencederakan beratus yang lain – AFP
Mangsa yang terselamat tidur di sebuah hospital di Jiuzhaigou di wilayah barat daya Sichuan, China. China kelmarin mempertingkat responnya terhadap gempa bumi yang membunuh 20 orang dan mencederakan beratus yang lain – AFP

Namun pihak berkuasa sedang mencari lebih ramai orang lagi, dengan jabatan bomba wilayah Sichuan berkata 16 pelancong dipercayai terkandas di sebuah tasek di taman negara. Yang Yongzhi adalah antara kumpulan mencari dalam jumpsuit merah dan topi keselamatan yang terpaksa berpatah balik disebabkan runtuhan tanah pada malam semalam selepas cuba memasuki lembah.

“Pada pagi ini, kami merancang mencuba sekali lagi,” kata Yang.

“Kami bertanggungjawab mencari sekiranya masih terdapat orang yang terperangkap di sana. Kami adalah orang pertama yang pergi dan memeriksa.” – AFP