Gempa bumi gegar Argentina, Chile

Gempa bumi gegar Argentina, Chile

BUENOS AIRES, 21 Nov – Gempa bumi 6.4 magnitud menggegarkan barat Argentina dan bahagian Chile semalam, dengan tiada laporan mengenai kerosakan, kata pihak berkuasa.

Gempa bumi itu menggegarkan wilayah San Juan pada 1757 waktu tempatan (2057 GMT), pada kedalaman kira-kira 130 kilometer, kata institut seismologi Argentina.

Di Chile, gempa itu diukur pada 6.5 magnitud, pegawai-pegawai di Pejabat Kecemasan Kebangsaan Kerajaan (ONEMI) berkata.

Gempa bumi itu dirasai di utara dan barat Chile di kawasan Atacama, Coquimbo, Valparaiso, 0’Higgins dan kawasan metro Santiago. Perkhidmatan telefon selular di wilayah San Juan telah mengalami gangguan buat sementara waktu. – AFP