Gempa bumi gegar bandar pelancong

Gempa bumi gegar bandar pelancong

SYDNEY, 18 Ogos – Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud hari ini menggegarkan bandar pelancongan popular itu yang terletak lebih 1,000 kilometer garisan pantai timur laut Australia.

Gempa bumi pada kedalaman tujuh kilometer kira-kira 54km dari Bowen di Queensland pada waktu tempatan 0430GMT, menurut Cerapan Geologi AS.

Bangunan-bangunan di bandar Townsville dikosongkan, lapor Townsville Bulletin, tetapi menurut polis tidak ada laporan tentang kerosakan besar.

Biro Meteorologi Australia berkata tidak ada amaran tsunami bagi benua pulau itu.

“Secara meluas ia dapat dirasakan di pantai itu, dari Pantai Sunshine hingga ke utara Townsville, banyak bahagian di pantai Queensland merasakan beberapa gegaran,” ahli seismologi kanan Geosains Australia, Jonathan Bathgate memberitahu AFP.

“Kami belum menerima laporan tentang kerosakan pada tahap ini. Sebenarnya ia 50 kilometer luar pantai. Jika ia lebih dekat, mungkin kisahnya berbeza.

“Kami akan menjangkakan aktiviti kejutan lanjur selepas kejadian saiz gempa bumi sebegini.”

Penduduk Townsville, John Towning berkata gegaran dirasakan kira-kira enam saat.

“Saya menyangka ‘tidak ada kereta api di sekitar, tidak ada kapal terbang, kemudian saya bangun dan melihat seluruh tempat bergoyang,” Towning memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia.

“Saya duduk lagi dan kerusi bergetar. Keadaan lebih melucukan daripada menakutkan kerana ia jarang dialami di sini.” –AFP

ARTIKEL YANG SAMA