Gempa bumi gegar Greece

Gempa bumi gegar Greece

ATHENS, 16 Okt – Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda bandar Ioannina, barat laut Greece telah mengakibatkan kerosakan kecil namun tiada kecederaan, kata institut geodinamik Balai Cerap Athens, hari ini.

Gempa bumi melanda pada jam 2014 GMT pada Sabtu dan disusuli dengan beberapa kejutan lanjur.

Pusat gempanya pada 330km di barat laut Athens dengan kedalaman hanya 17km, menurut institut itu lagi. Pihak berkuasa tempatan berkata ia dapat dirasakan di kawasan jauh dan pulau Ionian.

Beberapa kemusnahan telah dilaporkan berlaku kepada rumah-rumah dan gereja di kampung-kampung berhampiran Ioannina namun tidak ada panggilan kecemasan bagi meminta bantuan.

Greece merupakan salah sebuah negara di Eropah yang paling mudah terdedah pada gempa bumi. – AFP