Gempa bumi gegar Papua New Guinea

Gempa bumi gegar Papua New Guinea

SYDNEY, 9 Feb – Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud berlaku di luar pantai Pulau Bougainville, Papua New Guinea awal hari kelmarin, menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. Menurut USGS, gempa bumi itu berlaku di kawasan kira-kira 92 kilometer ke barat daya Panguna pada jam 2:19 pagi waktu tempatan (16:19 GMT Isnin).

Pusat gempa ialah 102 kilometer ke barat daya bandar Arawa, Pulau Bougainville pada kedalaman 32 kilometer yang dianggap cetek.

Pada awalnya, pakar seismologi melaporkan kekuatan gempa itu adalah 6.7 magnitud tetapi mengubahnya kemudian.

Gempa bumi adalah sesuatu yang biasa di negara pulau yang terletak di atas plat Australia Pasifik sepanjang 4,000 kilometer yang membentuk Lingkaran Api Pasifik, lokasi kegiatan seismik akibat geseran di antara plat tektonik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA