Gempa bumi gegar selatan Filipina

Gempa bumi gegar selatan Filipina

TAGUM, Filipina, 4 Sept – Satu gempa bumi kuat menggegar sebahagian daripada kawasan selatan Filipina hari ini, menyebabkan penduduk panik, kata pejabat volkanologi kerajaan.

Gempa bumi dengan magnitud 6.0 menggegar pulau selatan Mindanao tetapi tidak adanya laporan awal mengenai kerosakan atau kematian, kata pejabat pertahanan awam.

Jabatan Geologi AS (USGS) meletak magnitud pada 5.9.

Sementara beberapa kawasan di Mindanao mengalami sedikit gegaran, mereka yang tinggal dekat dengan pusat gempa kira-kira 850 kilometer dari selatan Manila melaporkan gegaran yang lebih serius dengan orang melarikan diri ke luar rumah kerana bimbang rumah mereka mungkin roboh.

“Saya berada di dalam bilik saya apabila gegaran bermula, yang berlangsung selama hampir satu minit. Saya rasa pening, jadi saya meluru ke luar rumah,” kata penyiar radio Richard Grande di bandar San Francsico berhampiran pusat gempa bumi.

Filipina terletak di Lingkaran Api pasifik, di mana plet tektonik bertembung. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA