Gempa bumi kecil landa Nepal

Gempa bumi kecil landa Nepal

KATHMANDU, Nepal, 1 Nov (Bernama) – Satu gempa bumi berukuran 4.3 di skala Richter menggegar tengah Nepal semalam. Pusat gempa bumi terletak di Rasuwa, 65 kilometer dari utara Kathmandu berhampiran dengan sempadan Nepal-Tibet, menurut Pusat Seismologi Nasional Nepal (NSC).

Bagaimanapun, setakat ini tidak adanya laporan mengenai kematian orang dan kerosakan harta akibat gempa bumi baru itu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal Laxmi Prasad Dhakal.

Ahli seismologi NSC Lok Bijaya Adhikari berkata gempa bumi merupakan satu gegaran lanjutan gempa bumi yang berlaku pada 25 April yang membunuh lebih daripada 9,000 orang dan merosakkan harta bernilai lebih AS$6 bilion.

Lebih daripada 30,000 gegaran lanjutan termasuk 402 yang melebihi magnitud 4 telah pun dicatat sejak gempa bumi pada 25 April melanda Nepal.

ARTIKEL YANG SAMA