Gempa bumi ketiga landa Vanuatu

Gempa bumi ketiga landa Vanuatu

SYDNEY, 7 April (AFP) – Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda luar pantai Vanuatu hari ini, gegaran kedua terbesar di kawasan itu dalam beberapa hari kebelakangan, namun tidak ada ancaman tsunami atau laporan kerosakan, kata seismologi.

Gempa bumi melanda pada kedalaman 32 km kira-kira 109 km barat Sola di pulau Vanua Lava dan 453km dari bandar Port Vila pada 0332 GMT, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Ia adalah gempa bumi ketiga yang melanda rantau itu dalam masa beberapa minggu, selepas gempa bumi serupa berlaku pada Ahad dan Rabu.

“Yang kedua terakhir tidak mengakibatkan sebarang kemusnahan oleh itu kami tidak menjangkakan ia juga akan menimbulkan kerosakan,” ahli seismologi Geoscience Australia, Spiro Spiliopoulos memberitahu AFP.

“Gempa bumi ini berlaku jauh sedikit ke utara daripada dua gempa yang lalu, berlakunya urutan gempa bumi dan ia kelihatannya bergerak ke utara secara beransur-ansur.

ARTIKEL YANG SAMA