Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa Myanmar

Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa Myanmar

YANGON, 24 Ogos – Gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud melanda tengah Myanmar hari ini, membunuh kira-kira seorang dan memusnahkan lebih 60 pagoda di bandar purba Bagan, menurut para pegawai.

Gempa bumi, yang menurut Balai Cerap AS (USGS), melanda pada kedalaman 84km, juga dapat dirasakan di seluruh jiran Thailand, India dan Bangladesh, mengakibatkan para penduduk yang panik bergegas keluar ke jalan raya.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki terbunuh di kampung Myanmar berhampiran pusat gempa, kata Han Zaw Win, seorang warga tempatan MP dari rantau Magway tempat gempa bumi melanda.

“Seorang lelaki berusia 22 tahun terbunuh apabila bangunan berhampiran runtuh semasa gempa bumi,” katanya kepada AFP, menambah bahawa seorang wanita juga cedera.

Seorang pegawai polis pelancong melaporkan kemusnahan kepada beberapa kuil di Bagan – bandar purba Myanmar, kira-kira 30km utara pusat gempa.

“Beberapa pagoda terkenal turut musnah semasa gempa bumi,” ujarnya kepada AFP, menambah bahawa beberapa kemusnahan itu adalah ‘serius’.

Pegawai yang meminta tidak dinamakan, berkata seorang pelancong Sepanyol cedera ringan apabila dia terjatuh dari kuil semasa menyaksikan matahari terbenam.

USGS menganggarkan bahawa impak gempa bumi telah mengakibatkan banyak bangunan di rantau itu ‘sangat terdedah’ kepada gegaran.

Gempa bumi mengakibatkan bangunan tinggi di bandar terbesar Yangon, Myanmar berayun, serta bangunan lain di bandar Bangkok, Thailand dan bandar Kolkata, India.

“Perkhidmatan landasan bawah tanah telah ditangguhkan bimbang akan berlakunya kejutan lanjur daripada gempa bumi,” jurucakap Landasan Kereta api Kolkata Metro, Indrani Banerjee kepada AFP.

Gempa bumi juga dapat dirasakan di selatan dan barat daya Bangladesh dekat dengan sempadan Myanmar, dengan laporan televisyen ATN Bangla mengatakan kira-kira 20 orang cedera ketika para pekerja cuba menyelamatkan diri dari sebuah bangunan di kawasan industri Savar, luar Dhaka. – AFP