Gempa bumi ku...

Gempa bumi kuat bawah laut landa selatan Filipina

MANILA, Filipina, 10 Jan – Gempa bumi kuat dengan ukuran 7.2 magnitud melanda di bawah Laut Sulawesi luar selatan Filipina hari ini namun terlalu dalam untuk mengakibatkan sebarang kemusnahan mahupun korban jiwa atau menghasilkan tsunami.

Renato Solidum dari Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata gempa bumi itu adalah disebabkan oleh pergerakan lapisan lautan 625km bawah dasar laut, yang dapat dirasakan di selatan bandar General Santos.

Gempa bumi bawah laut berpusat 223 km tenggara wilayah Sulu dan kejutan lanjut juga mungkin terjadi, katanya, menambah bahawa gempa bumi pada kedalaman itu adalah luar biasa walaupun gempa bumi cetek pernah melanda rantau itu beberapa kali pada masa lalu.

Kepulauan Filipina terletak dalam ‘Lingkaran Api’ Pasifik, di mana gempa bumi dan aktiviti gunung berapi adalah biasa terjadi. Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud telah membunuh hampir 2,000 orang di utara pulau Luzon pada 1990. – AP

ARTIKEL YANG SAMA