Gempa bumi kuat gegar Fiji, Tonga

Gempa bumi kuat gegar Fiji, Tonga

WELLINGTON, 25 Sept – Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.8 melanda Fiji pada hari ini sejurus selepas satu lagi gempa bumi melanda Tonga tetapi tidak adanya ancaman tsunami, kata ahli seismologi AS.

Gempa bumi di luar pesisir itu berlaku pada pukul 9:28 pagi, bertumpu pada kira-kira 100 kilometer dari timur laut pulau Fiji Ndoi pada kedalaman 594 km, kata Jabatan Geologi AS (USGS) di laman webnya.

Ia berlaku 20 minit selepas gempa bumi dengan magnitud 6.3 melanda kawasan 124 km dari barat laut Tonga.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata kedua-dua gempa bumi tidak menimbulkan ancaman tsunami.

Dalam penilaian kesan awal, USGS berkata timbulnya kemungkinan kecil berlakunya kerosakan. – AFP