Gempa bumi kuat gegar Hokkaido, tiada tsunami

Gempa bumi kuat gegar Hokkaido, tiada tsunami

TOKYO, 14 Jan (AFP) – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud melanda luar pulau Hokkaido utara Jepun hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS), dengan pihak berkuasa Jepun mengatakan tidak ada ancaman tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi itu melanda pada jam 12:25 tengah hari (0325 GMT) luar pantai selatan pulau itu, pada lokasi kira-kira 750km utara Tokyo, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Gempa bumi itu berukuran pada kedalaman 50km, katanya.

Tidak ada kemusnahan atau sebarang korban jiwa dilaporkan akibat gegaran kuat itu dalam rakaman kamera yang disiarkan oleh penyiaran awam NHK.

Jepun terletak pada persimpangan empat plat tektonik dan mengalami sekitar 20 peratus gempa bumi paling kuat di dunia.

Pada Selasa, gempa bumi kuat berukuran 6.1 juga dilaporkan melanda luar Hokkaido.

ARTIKEL YANG SAMA