Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia

Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia

JAKARTA, 12 Feb – Gempa bumi kuat 6.5 magnitud berlaku di timur Indonesia petang tadi tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut badan seismologi Amerika Syarikat.

Menurut USGS, gempa bumi itu berlaku pada jam 5.02 petang waktu tempatan (6.02 petang waktu Malaysia) dan berpusat tiga kilometer ke tenggara Andekanter di rantau Sumba pada kedalaman 30 kilometer.

Agensi bencana Indonesia menyatakan tiada laporan segera berhubung kerosakan dan kemalangan jiwa. “Pada masa ini pasukan kami masih memeriksa sama ada berlaku kerosakan atau kemalangan jiwa,” kata jurucakap agensi berkenaan, Sutopo Purwo. – AFP