Gempa bumi kuat melanda Filipina

Gempa bumi kuat melanda Filipina

MANILA, 3 Julai (AFP) – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud telah melanda luar selatan Filipina hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Tidak ada laporan segera mengenai kemusnahan mahupun korban jiwa selepas gempa bumi bawah laut melanda pada jam 2:43 petang (0643 GMT), kira-kira 62 km dari timur laut bandar Surigao pulau Mindanao.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina mengatakan gempa bumi berlaku pada kedalaman 26 km dan dapat dirasakan di hujung timur laut Mindanao serta pulau berhampiran Leyte.

Filipina sering saja dilanda gempa bumi disebabkan lokasinya yang terletak di sepanjang rangkaian pulau-pulau lingkaran api Lautan Pasifik yang dihasilkan oleh aktiviti gunung berapi.