Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Gempa bumi landa Jepun, Fiji

    TOKYO, 14 NOV – Satu gempa bumi 6.1 magnitud dikesan di tengah Jepun hari ini, menggegarkan Tokyo dan bandar-bandar lain, menurut pegawai.

    Walau bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Gempa bumi berlaku pada jam 5:09 petang di wilayah tengah Mie dengan kedalaman kira-kira 350 kilometer (km), menurut Agensi Meteorologi Jepun.

    Tiada laporan kerosakan atau kecederaan dan tiada ketaknormalan dikesan di kilang nuklear Fukushima, lapor penyiar awam, NHK.

    Jabatan Geologi Amerika Syarikat (AS) juga mengukur gempa pada magnitud 6.1. Wilayah Fukushima dan Ibaraki di utara Tokyo, mengalami gegaran kuat pada skala seismik Jepun, meskipun kawasan itu beratus kilometer jauhnya dari pusat gempa.

    Kereta api laju Shinkansen dan metro Tokyo turut dihentikan seketika selepas gempa namun sudah pun disambung semula operasinya.

    Sementara itu, gempa berukuran sama turut melanda selatan Kepulauan Fiji pada 0504 GMT, dengan pusat gempa pada kedalaman 627km pada mulanya di kesan pada 26.0418 darjah lintang selatan dan 178.2262 darjah bujur timur, menurut Xinhua. – AP/Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...