Gempa bumi landa Macedonia, penduduk panik

Gempa bumi landa Macedonia, penduduk panik

SKOPJE, 12 Sept – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter, diikuti dengan beberapa gegaran kecil, melanda bandar Macedonian, Skopje semalam, menyebabkan kepanikkan penduduk dengan hanya mengalami kerosakan kecil, kata pegawai.

Skopje hampir dimusnahkan oleh gempa bumi kuat pada tahun 1963 yang mengorbankan kira-kira 1,000 orang.

Gempa semalam melanda pada 3:10 petang (1310 GMT), di pusat gempa di kawasan Skopje, kata ahli seismologi, sambil menambah 10 gegaran lemah menyusul selepas itu.

“Beberapa kerosakan telah dilaporkan berlaku pada bangunan lama di Skopje dan kawasan berhampiran,” kata perkhidmatan seismologi negara itu dalam satu kenyataan.

Anggota bomba mengambil gambar sebuah kereta yang remuk ditimpa blok konkrit selepas gempa bumi di Skopje, Macedonia, kelmarin. – AP
Anggota bomba mengambil gambar sebuah kereta yang remuk ditimpa blok konkrit selepas gempa bumi di Skopje, Macedonia, kelmarin. – AP

Gempa bumi itu dirasai di seluruh negara Balkan, perkhidmatan seismologi Dragana Cernic berkata sebelum ini memetik laporan mengenai kerosakan kecil, seperti dinding retak dan perabot rosak.

Walau bagaimanapun, kira-kira 60 penduduk Skopje mendapatkan rawatan di hospital, apabila sebahagian mereka mengalami patah tangan dan kaki ketika cuba untuk melarikan diri. Kesemua mangsa kecuali tiga yang lain telah dikeluarkan dari hospital, kata pegawai hospital.

Sebahagian kawasan Skopje terputus bekalan elektrik dan servis telefon bimbit tidak berfungsi. Ramai penduduk terkejut akibat gegaran itu.

Pada petang Ahad, ramai penduduk Skopje masih di jalan-jalan atau di taman-taman kerana takut untuk kembali ke rumah mereka. – AFP