Gempa bumi landa pantai Jepun

Gempa bumi landa pantai Jepun

TOKYO, 1 April (AFP) – Gempa bumi kuat dengan 6.0 magnitud melanda perairan pantai barat daya Jepun hari ini, menurut US Geological Survey(USGS) tetapi pihak berkuasa berkata tidak ada bahaya tsunami.

Gempa bumi melanda pada pukul 11:39 pagi di perairan pantai pulau utama Jepun, Pulau Honshu pada lokasi kira-kira 350 kilometer barat daya Tokyo, menurut USGS dan Agensi Meteorologi. Gempa bumi berukuran pada kedalaman agak cetek 10 kilometer.

Tidak ada kerosakan atau kecederaan dilaporkan meskipun gegaran kuat memaksa beberapa buah kereta api laju di negara itu dihentikan buat sementara, lapor penyiar awam NHK.

ARTIKEL YANG SAMA