Gempa bumi lemah di Ranau

Gempa bumi lemah di Ranau

KOTA KINABALU, 25 Dis (Bernama) – Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter yang berpusat pada kedudukan 6 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur iaitu 11km barat Ranau, dikesan pada pukul 5.54 petang ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran akibat gempa bumi berkenaan dapat dirasai di daerah Ranau. Bagaimanapun ia tidak mengakibatkan ancaman tsunami.

Menurut laman sesawang agensi berkenaan juga, gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter turut dikesan di Kalimantan pada kedudukan 3.7 darjah Utara dan 117.8 darjah Timur iaitu 75km di Barat Daya Tawau, Sabah, kira-kira 1 tengah hari ini.