Gempa bumi lemah di Ranau

Gempa bumi lemah di Ranau

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Gempa bumi lemah berukuran 2.4 skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 3:58 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak di 302km barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 16km tenggara dari Ranau.

“Gegaran dirasai di Ranau,” katanya sambil menambah bahawa MetMalaysia sedang memantau perkembangan gempa berkenaan dan akan memaklumkan maklumat terkini. – Bernama