Gempa bumi lemah di Ranau

Gempa bumi lemah di Ranau

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) – Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.3 pada skala Richter melanda Ranau pada 1.25 tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, pusat gempa itu adalah enam darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 10 km Barat Daya dari Ranau. Gegaran yang dirasai di Ranau sedang dipantau perkembangannya dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan.