Gempa bumi lemah landa Ranau

Gempa bumi lemah landa Ranau

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) – Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 5.11 petang tadi, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata pusat gempa itu adalah di 6 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur dan 4 kilometer barat laut Ranau telah menghasilkan gegaran di kawasan yang terjejas.

“Berdasarkan kepada lokasi dan magnitudnya, gempa bumi itu tidak dijangka menghasilkan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pada 5 Jun lalu, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa.