Gempa bumi lemah landa Ranau

Gempa bumi lemah landa Ranau

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Satu gempa bumi lemah berukuran 2.5 pada skala Richter dikesan di Ranau, Sabah pada jam 9:51 pagi hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi itu berpusat 5.9 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 16km dari barat daya Ranau. Gegaran dirasai di Ranau tetapi tidak mengakibatkan ancaman tsunami. – Bernama