Gempa bumi lemah landa Ranau

Gempa bumi lemah landa Ranau

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 6.42 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempaitu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjahtimur, 16 kilometer barat lautdari Ranau.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau dan Kundasang,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, MetMalaysia masih memantau perkembangan terkini dan akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa. – Bernama