Gempa bumi lemah landa Ranau, gegaran dirasai

Gempa bumi lemah landa Ranau, gegaran dirasai

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah malam ini dan gegaran turut dirasai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini gempa bumi berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku pada 9.17 malam.

Sementara itu satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina, kira-kira 184km barat laut San Hose dan 883 timur laut Kudat, Sabah pada 9.50 malam.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. – Bernama