Gempa bumi luar pesisir cetus tsunami kecil

Gempa bumi luar pesisir cetus tsunami kecil

TOKYO, 22 Nov – Para penduduk pantai melarikan diri ke kawasan lebih tinggi ketika gempa bumi kuat mengakibatkan siri-siri tsunami sederhana ke arah pesisir timur laut Jepun hari ini dan menimbulkan kebimbangan tentang loji tenaga nuklear Fukushima yang telah musnah akibat tsunami lebih besar lima tahun lalu.

Sebarisan kereta kelihatan bengkang bengkok dari pantai itu semasa waktu sebelum subuh selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa para penduduk segera pergi ke kawasan lebih tinggi. Amaran itu ditarik balik hampir empat jam kemudian.

Gempa bumi dengan magnitud 7.4 di rantau sama yang musnah akibat tsunami yang menyusuli gempa bumi lebih besar dengan magnitud 9.0 dalam tahun 2001, mengorbankan kira-kira 18,000 orang. Jabatan Geologi AS mengukur gempa bumi hari ini pada 6.9 magnitud.

Itu adalah gempa bumi terbesar di timur laut Jepun sejak 2011, satu dan beberapa kejutan lanjur besar pada hari yang sama.

Pengendali loji Fukushima Dai-ichi berkata tidak ada keluarbiasaan yang dilihat di loji itu, meskipun ombak naik sehingga 1 meter telah dikesan di luar pesisir. Kira-kira 12 orang dilaporkan tercedera, dan imej-imej televisyen Jepun menunjukkan barangan berselerakan di atas lantai di dalam sebuah kedai, dan buku-buku terjatuh dari rak-rak di dalam sebuah perpustakaan. Gempa bumi menggegarkan bangunan-bangunan di Tokyo, 240 kilometer barat daya tempat pusat gempa.

Imej yang diambil dari video, menunjukkan gelombang ombak kecil meluru ke Sungai Sunaoshi di Tagajo, wilayah Miyagi, utara Jepun. – AP
Imej yang diambil dari video, menunjukkan gelombang ombak kecil meluru ke Sungai Sunaoshi di Tagajo, wilayah Miyagi, utara Jepun. – AP

Agensi Meteorologi Jepun menyifatkannya sebagai kejutan lanjur gempa bumi besar 2011.

Ia memberi amaran bahawa satu lagi gempa bumi besar mungkin melanda dalam tempoh beberapa hari akan datang dan menggesa para penduduk terus berwaspada selama seminggu.

“Kejutan lanjur mungkin berterusan bukan saja selama lima tahun tetapi sehingga 100 tahun,” Yasuhiro Umeda, seorang ahli seismologi Universiti Kyoto berkata pada rancangan bual bicara di penyiar Jepun, NTV.

Agensi meteorologi berkata lebih besar gempa bumi, lebih lama kejutan lanjur itu, meskipun ia tidak menyatakan berapa lama.

Di beberapa kawasan, air boleh dilihat menderaskan sungai, yang mengakibatkan tsunami pada ketinggian lebih besar, tetapi ia masih dalam benteng banjir. Ia mengenangkan bencana 2011, apabila tsunami lebih besar menderaskan sungai dan melimpah, menghapuskan keseluruhan kawasan.

Ombak tsunami pertama melanda kira-kira sejam selepas gempa bumi. Yang tertinggi, 1.4 meter, yang sampai ke Teluk Sendai kira-kira dua jam selepas gempa bumi. – AP

ARTIKEL YANG SAMA