Gempa bumi melanda Kuril & utara Jepun

Gempa bumi melanda Kuril & utara Jepun

TOKYO, 7 Julai (Bernama/dpa) – Gempa bumi dengan ukuran 6.2 magnitud telah menggegarkan utara pulau Hokkaido, Jepun hari ini, namun tidak ada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Tidak ada laporan segera mengenai korban jiwa mahupun kemusnahan berlaku terhadap harta benda.

Gempa bumi itu melanda sekitar jam 2:10 petang (0510 GMT) dengan pusat gempanya di luar pantai timur Hokkaido, kira-kira 1,300km timur laut Tokyo, pada kedalaman 20km, menurut agensi. Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter juga dilaporkan melanda timur Kepulauan Kuril pada 1.27 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa itu ialah 465km timur laut Asahikawa, Jepun dan 5,130km timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan, kata kenyataan itu.

ARTIKEL YANG SAMA