Gempa bumi sederhana landa Bandar Sea

Gempa bumi sederhana landa Bandar Sea

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Bandar Sea, 461 kilometer (km) tenggara Ambon di Indonesia pada 7:19 malam ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi berkata gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Lokasi gempa itu terletak kira-kira 1,770km tenggara Semporna, Sabah. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA