Gempa bumi sederhana landa wilayah Irian Jaya, Indonesia

Gempa bumi sederhana landa wilayah Irian Jaya, Indonesia

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di wilayah Irian Jaya, 57km barat laut Jayapura, Indonesia pada 3.17 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gegaran itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Lokasi gempa terletak kira-kira 2,557km tenggara Semporna, Sabah, menurut kenyataan itu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA