Gempa di China, 6 maut 20 cedera

Gempa di China, 6 maut 20 cedera

BEIJING, 3 Julai (Reuters) – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 20 cedera apabila satu gempa bumi dengan magnitud 6.4 melanda kawasan luar bandar Xinjiang di wilayah barat China hari ini, menurut para pegawai.

Banyak rumah tradisional di rantau etnik Uighur roboh apabila gempa bumi melanda kira-kira 160km dari barat laut bandar selatan Hotan pada awal pagi, menurut pegawai kecemasan China.

“Buat masa sekarang, gempa bumi telah membawa kepada enam kematian, termasuk seorang bapa dan anak lelaki, dan lebih daripada 20 kecederaan,” kata Penyiar Kecemasan Negara China (CNEB) di laman sesawangnya.

ARTIKEL YANG SAMA