Gempa kuat 6.6 magnitud landa Chile

Gempa kuat 6.6 magnitud landa Chile

WASHINGTON, 11 Nov (AFP) – Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda di luar pantai tengah Chile lewat kelmarin tetapi tiada amaran tsunami serta-merta atau laporan kecederaan atau kerosakan, kata ahli seismologi Amerika Syarikat.

Pusat gempa itu dekat pantai, kira-kira 93 kilometer (57 batu) barat laut Coquimbo, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa itu pada mulanya dilaporkan berkekuatan 6.8 magnitud.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata tiada ancaman tsunami daripada gempa bumi itu, yang berlaku pada 08:54 (0154 GMT Rabu) pada kedalaman 10 kilometer.

Pejabat Kecemasan Kebangsaan Chile berkata tiada laporan mengenai kecederaan atau apa-apa gangguan kepada perkhidmatan asas atau infrastruktur. Gempa bumi itu dirasai di kawasan Atacama dan Coquimbo, khususnya di bandar La Serena.

Imej di televisyen Chile menunjukkan jalan-jalan kosong di La Serena. Tiada kerosakan pada bangunan atau rumah, dilaporkan dan trafik kekal normal.