Gempa kuat gegar Taipei

Gempa kuat gegar Taipei

TAIPEI, 12 Mei (AFP) – Bangunan-bangunan di ibu kota Taiwan digegarkan dengan kuat hari apabila gempa bumi sekuat 5.6 melanda di luar pantai timur laut pulau itu, dengan gempa susulan kuat.

Gempa cetek itu melanda di timur bandar pantai Yilan, 60km dari Taipei, pada kedalaman 10 kilometer pada 11.17 pagi waktu tempatan, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Hanya terdapat kerosakan kecil, ujar jabatan bomba Yilan. Pemberita AFP di Taipei berkata gempa itu menggegarkan bangunan pencakar langit.

Media tempatan juga melaporkan tentang bekalan kuasa terputus dan orang terperangkap dalam lif, dengan kanak-kanak menjerit lari meninggalkan bilik darjah di Yilan.

Biro cuaca pusat Taiwan sebelum itu melaporkan dua gempa susulan lain, kedua-duanya sekuat 4.4.Pada Februari lalu, gempa sekuat 6.4 pada skala Richter menyebabkan 117 orang mati apabila kompleks apartmen runtuh di bandar selatan Tainan.

Taiwan terletak berhampiran simpang dua plat tektonik dan kerap dilanda gempa bumi.Satu gegaran susulan sekuat 5.5 menggoyangkan bangunan-bangunan di Taipei kira-kira 12:30 tengah hari, pusat gegarannya hanya di luar pantai timur laut Taiwan, menurut USGS.

Biro pusat cuaca Taiwan sebelumnya melaporkan dua lagi gegaran susulan, kedua-duanya dengan magnitud 4.4.

Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud yang melanda tengah Taiwan pada Jun 2013 telah mengorbankan empat orang dan menyebabkan kejadian tanah runtuh di sana sini.

Gempa paling teruk melanda pulau itu pada September 1999 apabila gempa bumi berukuran 7.6 magnitud mengorbankan kira-kira 2,400 orang.

ARTIKEL YANG SAMA