Gempa kuat gegar Tokyo, tiada ancaman tsunami

Gempa kuat gegar Tokyo, tiada ancaman tsunami

TOKYO, 17 Mei (AP) – Satu gempa bumi kuat menggegarkan Tokyo dan bandar lain di timur Jepun hari ini, namun pihak berkuasa berkata tiada ancaman tsunami.

Agensi Meteorologi menyatakan gempa bumi dengan magnitud awal 5.6 dan berpusat di selatan daerah Ibaraki, kira-kira 100 kilometer (60 batu) ke timur laut Tokyo.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 40 kilometer (24 batu) dan tiada ancaman tsunami. Tiada laporan kecederaan atau kerosakan.

Gempa bumi turut menggegarkan Tsukuba, di mana menteri sains dan teknologi G7 bermesyuarat.

Kereta api tempatan telah dihentikan buat sementara waktu bagi pemeriksaan keselamatan.

Gempa bumi itu berlaku sebulan selepas dua gempa bumi kuat melanda wilayah Kumamoto di selatan Jepun, mengorbankan 49 orang dan memusnahkan kebanyakkan rumah-rumah.

ARTIKEL YANG SAMA