Gempa kuat landa Ecuador

Gempa kuat landa Ecuador

QUITO, Ecuador, 17 April (AP) – Gempa bumi kuat melanda Ecuador menjejaskan bangunan–bangunan dan merosakkan lebuh raya di sepanjang pesisir Pasifik, membunuh sekurang-kurangnya 77 orang dan mengakibatkan kerosakan di ibu negara dan bandar-bandar raya lain yang terletak beratus batu (kilometer) dari pusat gempa.

Angka kematian dijangka meningkat hari ini ketika pekerja penyelamat sampai ke kawasan-kawasan yang padat di pelabuhan perikanan dan pantai-pantai pelancongan di mana gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu berpusat.

“Kami cuba untuk melakukan yang terbaik tetapi tidak ada yang dapat kami lakukan,” kata Gabriel Alcivar, datuk bandar Pedernales, sebuah bandar dengan 40,000 orang di pusat gempa.

Dia merayu kepada pihak berkuasa untuk menghantar mesin-mesin dan pekerja penyelamat ketika berdozen bangunan di bandar itu ranap, memerangkap penduduk dalam serpihan. Dia berkata kecurian juga berlaku di tengah-tengah kejadian huru-hara tetapi pihak berkuasa terlalu sibuk untuk menyelamatkan jiwa sehingga mengekalkan keamanan. “Ini bukanlah hanya sebuah rumah yang roboh, ia adalah seluruh bandar,” katanya.

Pekerja penyelamat cuba menarik keluar mangsa yang terperangkap di dalam sebuah bangunan yang runtuh selepas gempa bumi besar melanda di bandar Manta pada awal pada hari kelmarin. – AFP
Pekerja penyelamat cuba menarik keluar mangsa yang terperangkap di dalam sebuah bangunan yang runtuh selepas gempa bumi besar melanda di bandar Manta pada awal pada hari kelmarin. – AFP

Naib presiden Jorge Glas berkata dalam ucapan menerusi televisyen lewat semalam bahawa laporan awal mengenai 77 kematian di bandar-bandar Manta, Portoviejo dan Guayaquil, kesemuanya beratus kilometer (batu) dari gempa melanda sejurus selepas tengah malam.

Presiden Rafael Correa telah menandatangani dekri pengisytiharan darurat, katanya dalam Twitter. Correa, yang bergegas pulang dari Rome selepas menghadiri persidangan Vatican, menggesa rakyat Ecuador untuk terus kuat sementara pihak berkuasa menangani bencana. Dia berharap akan kembali ke negara itu petang ini.

Gempa bumi itu adalah yang terkuat melanda Ecuador sejak 1979, kata Glas. Dalam media sosial, gambar-gambar tersebar mengenai kediaman yang menjadi serpihan, bumbung pusat membeli-belah roboh, rak-rak di pasar raya bergoyang dan lebuh raya terputus menghempap kereta.

Di Manta, lapangan terbang di tutup selepas menara kawalan roboh, mencederakan pekerja kawalan lalu lintas dan pengawal keselamatan.

ARTIKEL YANG SAMA