Gempa kuat landa kepulauan Alaska

Gempa kuat landa kepulauan Alaska

LOS ANGELES, 27 Julai (AFP) – Gempa bumi kuat 6.9 magnitud melanda pulau terpencil di negeri Alaska Amerika Syarikat (AS) kelmarin, kata ahli seismologi, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi bawah laut melanda luar Pulau Fox, di kawasan Jurang Aleutian, lebih dari 1,500 kilometer barat Anchorage, menurut Kajian Geologi AS (USGS).

Gempa tersebut mempunyai kedalaman 11 kilometer dan melanda pada 5:49 petang, menurut USGS lagi.

ARTIKEL YANG SAMA