Gempa kuat landa timur Jepun

Gempa kuat landa timur Jepun

TOKYO, 23 Sept – Gempa bumi kuat melanda di luar pantai timur Jepun hari ini, walaupun tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan.

Gempa bumi cetek 6.4 magnitud itu melanda pada 09:14 waktu tempatan, kira-kira 150 kilometer ke tenggara bandar Katsuura, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Tiada ancaman tsunami, kata Agensi Meteorologi Jepun, yang mengukurnya lebih 6.5 magnitud.

Jepun terletak di persimpangan empat plat tektonik dan mengalami beberapa gempa yang agak ganas setiap tahun, dan sering menyebabkan kerosakan kecil.

Bagaimanapun gempa laut besar yang melanda Mac 2011 mengakibatkan terjadinya tsunami di pantai timur laut Jepun, mengakibatkan lebih daripada 18,000 orang terbunuh atau hilang, dan menghantar tiga reaktor ke dalam krisis di loji nuklear Fukushima.

Pada bulan April, dua gempa bumi kuat melanda wilayah Kumamoto selatan Jepun diikuti oleh lebih 1,700 gempa susulan, dan menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan menyebabkan kerosakan yang meluas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA